Kopi rumusan khas keluaran tempatan bakal tembusi pasaran antarabangsa

Kuala Lumpur, 12 November 2021- Hasil penyelidikan teliti adunan kopi daripada ramuan berkhasiat ternyata memberi pulangan memberangsangkan apabila Kopi Plus Stevia bakal menemui pengguna di peringkat antarabangsa.

Kopi rumusan khas keluaran Qaj Industries Sdn Bhd (Qaj Industries) yang berada di pasaran tempatan sejak 2019 itu dijangka memasuki pasaran Kanada, Amerika Syarikat dan Pakistan menjelang akhir tahun ini selain usaha syarikat untuk meninjau potensinya di beberapa negara lain.

Menurut Pengarah Urusan Qaj Industries, Ahmad Adnan Abdullah, keupayaan produk keluarannya berada di pasaran antarabangsa berikutan beberapa pengiktirafan terhadap produk berkenaan termasuk kelulusan yang diperoleh daripada Pentadbiran  Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA).

“Menerusi kelulusan terbabit, Kopi Plus Stevia tidak mempunyai halangan untuk dipasarkan di seluruh dunia malah ia juga bebas daripada kandungan logam dan racun. Kopi ini yang pertama di Malaysia malah di dunia mengandungi 11 ramuan seumpamanya sesuai untuk pengguna pelbagai peringkat usia termasuk mereka yang alah pada kafein kerana kandungan kafein bagi setiap uncang hanya 0.2 peratus sahaja.

“Kandungannya diperakui menerusi beberapa penyelidikan termasuk perolehan sijil analisis daripada Makmal myCO2 dan SGS selain pengesahan halal JAKIM serta berdaftar dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia,” katanya sambil menambah, Qaj Industries menjalin kerjasama eksklusif dengan R FEX Global Trade Sdn Bhd bagi urusan pengeksportan produk di peringkat antarabangsa.

Beliau mengakui pengalamannya sebagai pesakit kencing manis sejak 2006 yang harus mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan selain menjalani pembedahan akibat serangan jantung antara inspirasi untuk menghasilkan kopi yang dilengkapi pelbagai manfaat kesihatan.

Menerusi gabungan biji kopi Arabica bersama 11 jenis ramuan yang memiliki khasiat tersendiri, Kopi Plus Stevia membantu pengguna yang ingin memperbaiki tahap kesihatan terutama bagi mengawal dan menstabilkan gula dalam darah sekali gus menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan diri.

“Umum mengetahui bahawa ramai pesakit kencing manis turut mengalami komplikasi kesihatan lain seperti kehilangan kaki, serangan jantung, penglihatan, tekanan darah tinggi dan  pelbagai lagi.

“Lantaran itu, Qaj Industries menjalankan penyelidikan teliti selama kira-kira enam bulan terhadap penghasilan ramuan kopi ini yang membantu dari segi pengambilan gula seharian. Malah, syarikat turut menguji adunan kopi ini dalam kalangan kelompok sasaran selama beberapa bulan dan hasilnya, kami memperoleh ulasan pengguna yang memuaskan sekali gus mendorong kami untuk memasarkan produk ini,” katanya.

Ahmad Adnan menjelaskan, kopi keluaran syarikatnya itu mengandungi 11 ramuan dilengkapi pelbagai khasiat kesihatan iaitu kunyit hitam, kayu manis Ceylon, daun rerama, peria katak, halba, stevia, tongkat ali, maca, serat buah, moringga dan habbatus sauda.

Habbatus sauda misalnya, bertindak sebagai antioksidan dan secara tradisional membantu untuk menangani masalah kesihatan termasuk kencing manis, kulit, sakit otot, sendi dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Kunyit hitam dan kayu manis Ceylon juga dilengkapi ciri-ciri antioksidan yang antara lain bersifat melawan kencing manis. Peria katak pula mengandungi phytoinsulin yang membantu untuk menurunkan kadar gula dalam darah.

Stevia pula memiliki nilai glisemik sifar (tanpa kalori) sebagai pengganti gula manakala tongkat ali yang mempunyai rasa pahit sesuai dicampur dalam ramuan kopi selain bersifat antioksidan dan antipenuaan.

Maca membantu dari segi peningkatan tenaga batin dan mengurangkan tekanan, halba pula membersihkan usus dan membantu pankreas merembeskan insulin manakala moringga membantu menangani masalah kekurangan nutrien dalam badan.

“Di pasaran tempatan, Qaj Industries mempunyai kira-kira 50 pengedar di seluruh negara. Malah pihak kami amat berbesar hati dapat membantu masyarakat terutama mereka yang terjejas pendapatan atau kehilangan mata pencarian ketika pandemik bermula tahun lalu bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi penjualan produk keluaran kami,” katanya.

Menurutnya, dalam usaha pengembangan pengeluaran meliputi bidang makanan dan minuman, syarikat terbabit bakal meluaskan keluaran produk berasaskan makanan yang turut memanfaatkan kebaikan stevia.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai rumusan produk dan peluang perniagaan, layari laman sesawang https://qajresources.com.my.