Supernewsroom menggunakan kecanggihan teknologi untuk memudahkan media dan organisasi berbuat demikian dengan meletakkan maklumat ke dalam talian, yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana juga," katanya. Melalui Supernewsroom, organisasi akan dapat menghantar siaran akhbar dan jemputan media hanya dengan satu klik serta mengesan siapa yang menghadirinya melalui penggunaan alat Media RSVP.

Setakat ini, lebih 25 organisasi, termasuk badan korporat serta pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, menyertai platform ini dan Intelectasia Consultancy menjangka lebih 500 organisasi menyertainya menjelang hujung tahun ini. Kini pelbagai langkah sedang diambil untuk menjadikan Supernewsroom satu aplikasi peringkat serantau yang turut menyediakan pangkalan data media dari pelbagai negara seperti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Hong Kong.